Monday, November 22, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2011 DIBUKA

Pendaftaran  kemasukan pelajar bagi sesi 2010 Tadika Nurul Iman telah dibuka. Ibu bapa yang berhasrat untuk mendapatkan pendidikan untuk anak-anak mereka yang berumur 4, 5 dan 6 tahun boleh berbuat demikian dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh di dapati dari Cikgu Zarina dan Cikgu Jamaliah. Ibubapa juga boleh menghubungi mereka melalui nombor telefon 019-2766084 (Cikgu Zarina) ataupun 019-3768134 (Cikgu Jamaliah) untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Tadika Nurul Iman mensasarkan  kemasukan 50 orang pelajar sahaja bagi tahun 2011. Sasaran itu berdasarkan kepada 25 orang pelajar bagi setiap kelas. Jumlah tersebut adalah jumlah yang ideal yang membolehkan guru menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Apa yang penting adalah pelajar diberikan tumpuan dan mendapat pendidikan asas yang terbaik. Memandangkan tempat adalah terhad, ibu bapa disarankan mendaftar awal bagi memastikan tempat untuk  anak-anak mereka.  

    Gambar kenangan-
    Cikgu Zarina semasa konvokesyen KPLI

Pada tahun hadapan, Cikgu Zarina  dan Cikgu Jamaliah telah diberi kepercayaan untuk mengajar di Tadika Nurul Iman. Cikgu Zarina merupakan guru yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dari Amerika Syarikat. Beliau juga telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)  di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan memperolehi Diploma In Education dalam Bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment