Wednesday, November 17, 2010

10 TAHUN MENDIDIK GENERASI CEMERLANG

Assalamualaikum, wb.
Syukur alhamdulillah, Tadika Nurul Iman Kg. Melayu Subang Tambahan kini telah berusia 10 tahun. Bermula dengan kelas tadika di Surau Al Malikus Solleh, kini TANI telah mempunyai 2 kelas tadika untuk pelajar 5 dan 6 tahun. Apa yang menarik tentang tadika ini ia adalah sebuah tadika yang diasaskan oleh AJK Surau Al Malikus Solleh dengan dibantu oleh pemimpin KMST pada ketika itu dengan hasrat untuk memberi pendidikan asas kepada anak-anak KMST.  Dengan kata lain, ia adalah milik masyarakat. Sebuah ahli jawatankuasa telah dibentuk bagi melaksanakan tujuan tersebut yang terdiri dari ahli kariah surau. AJK ini pula adalah mereka yang arif

Sehingga kini lebih dari 300 orang telah berjaya mendapatkan pendidikan asas di TANI.  Dengan yuran bulanan yang terendah di sekitar Kg Subang dan Pinggiran Subang, pelajar tadika ini beruntung kerana mempunyai 2 orang guru dan seorang pembantu guru. manakala guru bagi pelajar 6 tahun pula  merupakan  guru bekelulusan ijazah.

Pelajaran asas yang ditawarkan kepada pelajar juga mampu menmpersiapkan mereka untuk menempuh alam persekolahan, malahan pencapaian pelajar 6 tahun baru-baru ini amat membanggakan kerana telah menguasai tahap pendikan darjah satu bilamana peperiksaan akhir tahun  yang sama taraf dengan peperiksaan akhir darjah satu mampu dijawab oleh majoriti pelajar. Pendidikan agama dan pendedahan asas komputer juga dititikberatkan. Ada dikalangan pelajara yang mampu menguasai asas komputer dan mempunyai Facebook sendiri. 

Dengan kesungguhan AJK tadika, dan guru-guru, Tadika Nurul Iman pasti mampu mendidik generasi   muda kearah kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment